sksgr.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI
JALAN MANGGIS, 14000 BUKIT MERTAJAM Tel : 045395105, Faks : 045395105
e-mel : sksgr@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai mula dibuka pada tahun 1883 oleh kerajaan Inggeris. Permulaannya sebuah bangunan didirikan dan dikongsi bersama antara rumah Guru Besar dan bilik darjah murid lelaki. Kemudian sebuah rumah penduduk kampung telah disewa untuk menempatkan murid perempuan.
Pada tahun 1920, sebuah bangunan sementara didirikan untuk kegunaan murid lelaki dan perempuan. Sekolah ditutup pada tahun 1941 hingga tahun 1945 kerana meletusnya Perang Dunia Ke-2.
Setelah tamatnya perang sekolah ini dibuka semula. Kerajaan Inggeris telah membina sebuah bangunan baru pada tahun 1950 yang mempunyai 8 bilik darjah, setor dan tandas. Bangunan lama telah diserahkan kepada pentadbiran Guru Besar bagi murid perempuan dan sebahagiannya dijadikan bilik urusan sekolah. Seterusnya pada tahun 1963, dua buah bangunan lagi didirikan. Bangunan ini dikhaskan kepada murid perempuan.
Guru Besar pertama bagi murid lelaki ialah Tuan Haji Jusoh bin Johan sementara Guru Besar pertama bagi murid perempuan ialah Puan Che Esah. Murid lelaki dan murid perempuan ditadbir oleh Guru Besar yang berasingan.
Pada tahun 1980, Kelas Khas (Cacat Pendengaran) telah dibuka sebagai kelas percantuman (intergrated) dengan seorang guru dan tiga orang murid.
Seterusnya pada tahun 1998, bangunan baru setinggi 4 tingkat telah mula dibina dengan kos RM1.4 juta menjadikan sebanyak 4 buah bangunan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Bangunan ini mula diduduki pada tahun 2000.
Demikianlah sejarah ringkas Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai yang kini telah melebihi 100 tahun usianya. Sekolah ini terus mengukir kejayaan demi kejayaan dalam usianya yang semakin matang sama ada di bidang akademik mahupun kokurikulum serta menyediakan pelbagai kemudahan kepada warganya di kalangan guru, staf dan murid-murid demi menjayakan kecemerlangan pendidikan.


Bangunan Perpustakaan sekolah




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: